Sebab–Sebab Anak Muda Harus Memiliki Rumah


Sebab–Sebab Anak Muda Harus Memiliki Rumah

1. Satu Rumah, Satu Anak

Salah satu punca utama masyarakat Malaysia membuat pinjaman persendirian atau personal loan adalah untuk digunakan dalam perbelanjaan barang keperluan anak–anak. Contohnya seperti susu, lampin, baju dan seumpamanya. Perbelanjaan yang dilaburkan untuk keperluan anak–anak, kadang–kadang adalah lebih tinggi daripada orang dewasa. Oleh itu, dengan menjadikan rumah sebagai aset untuk anak, sewa yang dikenakan kepada rumah tersebut boleh dijadikan duit lebihan untuk perbelanjaan bulanan mereka. 

2. Yuran Pembelajaran

​Melalui pemilikan hartanah, teknik refinancing atau topup loan mampu memberi kewangan lebihan kepada pemilik rumah. Kewangan inilah yang dijadikan sebagai yuran pembelajaran buat anak–anak di sekolah atau di universiti. Hal ini sangatlah memuaskan ibu bapa seandainya mereka mampu untuk menghantar anak–anak mereka ke sekolah atau universiti yang bertaraf tinggi untuk mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti.

3. Harga Kekal Naik

​Umumnya, masing–masing sudah cakna bahawa harga rumah akan naik dari tahun ke tahun. Jika kita tidak bersedia melabur duit untuk membeli rumah pada waktu ini, maka semakin susahlah anak–anak kita yang terkemudian untuk membelinya. Lainlah kalau keturunan asalnya memang berada, sudah tentu mampu mampu membeli rumah dengan mudah. Namun, mentaliti masyarakat sekarang selalu menunding jari pada orang–orang terdahulu disebabkan harga rumah pada waktu dulu berganda murahnya tetapi sikap ini tidak dapat mengubah reality kehidupan sekarang melainkan diri sendiri yang berhasrat untuk menentu nasib kita pada masa akan datang. 

4. Pemilikan Aset di Tanah Air Sendiri

​Memang kebiasaannya, setiap orang ingin mempunyai sebuah rumah di tanah airnya sendiri. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, rumah ini merupakan satu aset anda sebagai penduduk di Malaysia. Walaupun anda berhasrat membina rumah di negara orang sekalipun, biarlah di tanah kelahiran, anda sudah memiliki aset ini. 

5. Bijak Kewangan

​Dalam pembelian hartanah mahupun rumah, anda perlulah bersikap rasional dalam membuat keputusan lagi–lagi yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Hal ini kerana anda mempunyai prioriti yang lain seperti perbelanjaan seharian dan keperluan keluarga yang perlu dititiberatkan, jadi pengurusan kewangan yang bijak perlulah dilakukan. Misalnya, anda tidak melaburkan kewangan anda dalam pembelian sesuatu barang yang tidak diperlukan. Hal ini bertepatan dengan sikap membeli apa yang perlu bukan apa yang mahu. Jadi, kereta dan gadjet yang mahal boleh diketepikan dahulu. 

6. Tiada Riba

​Isu ini selalu dianggap salah oleh kebanyakan orang. Mereka beranggapan bahawa pembelian rumah melalui pinjaman bank adalah berunsurkan riba. Namun, kenyataan tersebut adalah salah kerana tidak semua pinjaman bank begitu. Misalnya, pembiayaan Islamik yang terdapat dalam bank–bank tertentu adalah dibenarkan dari sisi Islam.

7. Kompetitif dan Berdaya Saing 

​Sekiranya anda bekerja sebagai seorang yang makan gaji sahaja, mungkin susah untuk anda berniaga apabila kekurangan masa, tiada minat mahupun tiada darah niaga dalam diri. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk anda tidak mencari jalan alternatif bagi menambah pendapatan. Melalui pelaburan hartanah, sewaan rumah, ia mungkin adalah cara yang terbaik untuk anda disebabkan pengurusannya yang lebih mudah berbanding berniaga sendiri. 

8. Tingkat Taraf Hidup 

Dengan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari, anak muda perlulah mencari satu sumber pendapatan sampingan yang boleh menampung dan mengawal kenaikan harga barang di Malaysia. Jadi, dengan memiliki rumah adalah salah satu cara yang efisien kerana memberikan hasil pulangan yang banyak kepada pemilik rumah. Malahan, ia menjadi satu titik tolak untuk kita mula hidup dalam kawalan masa hadapan supaya masa depan kita lebih terjamin. Selain itu, cara ini juga memberi kita peluang untuk mampu memiliki rumah yang besar, kereta yang berkualiti dan perbelanjaan seharian yang optimum.

 

 

Kenapa Perlu Beli Rumah Seawal Umur 20 Tahun

#1 – ANSURAN BULANAN MASIH RENDAH

Sekiranya anda memutuskan untuk membeli rumah pada usia muda, maka ansuran bulanan yang perlu anda bayar adalah lebih rendah berbanding usia yang telah lanjut. Hal ini kerana, semakin panjang tempoh pinjaman yang dibuat, semakin sedikit bayaran bulanan.

Kebanyakan bank di Malaysia membenarkan pinjaman kepada seseorang sehingga umurnya 65 tahun dan tempoh pinjaman maksimum adalah selama 35 tahun. Oleh itu, jika umur anda adalah bawah 30 tahun, maka tempoh untuk pinjaman anda yang perlu dibayar adalah semaksimum tempoh pinjaman tersebut. Namun, jika anda membuat pinjaman bank pada umur 40 tahun, tempoh pinjaman yang boleh anda buat hanyalah selama 25 tahun dan ini menyebabkan bayaran bulanan anda adalah tinggi sedikit.

Tidak harus dilupakan bahawa insurans perlindungan hartanah anda juga adalah jauh lebih rendah. Tidak kira lah anda mengambil polisi samada MRTA/T atau MLTA/T, asalkan ia memudahkan anda untuk membayar insurans bulanan yang lebih rendah.

#2 – BELUM ADA KOMITMEN BESAR

Sudah terang lagikan bersuluh bahawa di usia muda, masing – masing tidak mempunyai komitmen yang besar seperti menjaga kebajikan isteri dan anak – anak. Jadi, sewaktu inilah anda boleh memfokuskan diri kepada penyimpanan wang. Namun, jika anda sudah pun mempunyai tanggungan, berkemungkinan untuk menyimpan sudah menjadi sukar dan ia akan memperlahankan rentak simpanan anda.

Oleh itu, apabila anda sudah mempunyai pendapatan, digalakkan untuk bersegera dalam membuat simpanan dengan lebih banyak. Seandainya duit simpanan sudah pun cukup, maka memadailah untuk anda mencari rumah dan menjadikan ia sebagai pelaburan. Kenapa pelaburan? Ini adalah kerana rumah yang dibeli boleh disewakan supaya komitmen anda kepada rumah tersebut menjadi kembali bersih dan pada masa yang sama anda sudah pun mempunyai aset utama dalam hidup, iaitu rumah.

Ramai anak – anak muda yang saya jumpa pada zaman ini sudah pun memiliki matlamat untuk membeli rumah. Mereka tidak berbelanja besar mahupun membeli kereta terlebih dahulu. Cukuplah dengan memakai apa yang anda demi kesenangan di kemudian hari.

#3 – HARGA HARTANAH MAKIN NAIK

Semua sudah maklum bahawa harga hartanah akan meningkat mengikut peredaran masa. Sama seperti emas. Semakin lama, semakin tinggi harga hartanah tersebut. Tidak terbayanglah akan berapa harga rumah dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang jika hendak dibandingkan dengan harga rumah sekarang.

Walaupun ia tidak selari dengan pendapatan tetapi ianya selari dengan kenaikan inflasi. Jadi, salah siapakah harga hartanah menjadi semakin tinggi? Untuk pengetahuan lanjut, anda boleh rujuk pada artikel saya ini –> Harga Rumah Mahal? Lihat Pada Punca.

#4 – PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

Di usia muda kita, akan ada banyak masa yang terluang. Daripada disia – siakan begitu sahaja, lebih baik kita mencari jalan inisiatif untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Memang ada pelaburan yang memberi keuntungan, namun tidak pasti pelaburan tersebut dijamin akan kesahihannya. Oleh itu, digalakkan untuk anak muda mencari pekerjaan tambahan. Tidak rugi mana kerana sewaktu muda inilah, kita mempunyai kudrat yang banyak untuk menambah pendapatan. Pelbagai kerja sampingan yang ada seperti menjual burger, meniaga kerepek dan dengan hasil titik peluh kita inilah dijadikan modal untuk beli rumah.

#5 – MELUASKAN EMPAYAR PELABURAN

Seperti yang saya nyatakan di atas, dengan memiliki rumah di usia muda, sudah tentu rumah itu tidak kita gunakan selalu. Oleh itu, lebih baik ia disewakan. Dengan penyewaan rumah tersebut dan hasil perjanjian sewa, ban akan menganggap sewaan rumah tersebut sebagai pendapatan kita.

Oleh itu, walaupun kita masih mempunyai komitmen kepada bank terhadap bayaran rumah tersebut, namun kita boleh membeli rumah yang lain untuk jadikan sebagai pelaburan yang lain. Hal ini kerana, Nisbah Khidmat Hutang (DSR) kita masih lagi rendah.  Pihak bank akan menggunakan formula DSR ini untuk mengira samada seseorang itu layak ataupun tidak untuk mendapat kelulusan untuk permohonan pinjaman daripada bank tersebut.

Jadi, lebih mudah nak dikatakan, semakin rendah kadar DSR, semakin tinggi peluang untuk seseorang itu mendapat pinjaman bank dan dengan menyewa rumah pertama tadi, sudah pun meningkatkan peluang kita untuk membeli rumah yang berikutnya. Malahan, kita boleh terus menerus membeli hartanah untuk menambah pelaburan kita dan rumah yang disewa itu dijadikan sebagai modal untuk pembelian seterusnya.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS