Ciri-Ciri Kawan yang Baik


Ciri-Ciri Kawan yang Baik
  1. Kawan yang baik sifatnya suka mendengar luahan kita dengan baik. Dia mendengar setiap keluahan dengan berhemat. Serta tidak akan sesekali memberikan kata nasihat yang berunsur negatif. Sebagai contoh kawan yang baik memberikan penyelesaian kepada masalah anda yang dihadapi. 
  2. Kawan yang jujur, tidak akan sesekali menikam kita dari belakang. Sebagai contoh, kawan tidak akan sesekali dengki dengan diri kita apabila kita sentiasa mendapat berita-berita baik. Jika ada kawan yang bersifat begini, dinasihatkan tinggalkan sahaja sebelum anda yang kecewa dengan perlakuannya.
  3. Kawan yang sentiasa mahu menang setiap kali perbualan atau tindakankan nya yang salah. Dia tidak sesekali akan mengaku kesilapannya, serta tidak akan meminta maaf.
  4. Paling teruk, apabila anda mempunyai masalah. Kawan anda menghilangkan dirinya sebaik dia mendengar masalah.
  5. Jenis kawan pengkhianat. Jenis ini adalah paling merbahaya sekali kerana dia akan menyebarkan cerita anda kepada orang lain pula. Jadi, elakkan daripada kawan yang bermuka-muka ini.

 

Kawan dari Syurga

Kawan begini kuantitinya 1 dalam sejuta. Kawan dari syurga dimana kawan yang betul-betul baik kepada anda. Anda sakit, dia hantarkan ubat dirumah. Anda tiada duit, dia pinjamkan duitnya terlebih dahulu. Motor anda rosak dijalan raya, sanggup keluar untuk membaikinya.

Namun, dengan kebaikannya jangan sesekali pernah anda rosakkan hubungan persahabatan yang sedia terjalin. Jangan menyakiti kawan anda. Hanya dengan satu kesalahan kecil, anda akan dikeluarkan dalam senarai hidupnya.

Apabila diri anda sentiasa diingati oleh kawan, jangan terlupa setiap kali tibanya ulangtahun kelahirannya. Berikan ucapan selamat hari lahir yang menarik hatinya.

 

Kawan, sahabat, rakan dan teman. Sudah pastinya, semua manusia di muka bumi ini memilikinya. Tidak kisah mempunyai kawan sedikit atau pun ramai, yang pasti mencari kawan-kawan yang sanggup susah senang bersama amatlah sukar.

Sebagai contoh, kawan yang baik adalah yang selalu mendengar luahan hati serta memberi pendapat yang bernas. Seorang kawan yang baik juga tidak akan menceritakan hal-hal keburukan kita di belakang. Dengan sikap kawan yang pandai menyimpan rahsia tadi, tiada perkara berlaku seperti kawan makan kawan dan kawan tikam belakang.

Sejujurnya memiliki kawan seperti diatas amatlah sukar dicari. Kerana segelintir darinya suka mempergunakan demi kepentingan diri. Kerana rahsia berada di tangan kawan.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS