Peranan Ayah dalam Keluarga


Peranan Ayah dalam Keluarga

Selain ibu, ayah juga adalah antara insan yang terpenting dalam kehidupan seorang anak. Kerana itu, janganlah sesekali melupakan ayah. Peranan seorang Ayah Terhadap anak-anak Walaupun ayah sering di lihat seperti watak tidak penting dalam sesebuah institusi keluarga. Tetapi ayah juga lah tunjang belakang keluarga.

Saat lahirnya anak di muka bumi, ayahlah yang bertanggung jawab menyambut anak-anak dengan alunan azan. Dia bertanggungjawab melaungkan azan dan bertujuan bagi mengusir syaitan saat kelahiran baby yang di lahirkan. Lain-lain peranan seorang ayah terhadap anaknya ialah ;

  1. Ayah sebagai pencari nafkah dalam keluarga Ayah juga adalah tulang belakang keluarga, yang mencari rezeki bagi sesebuah keluarga. Sifat ayah adalah mencukupkan belanja harian sebuah keluarga iaitu dengan berpanas hujan semata-mata ingin menyediakan keperluan anak-anak dan juga isteri. Ayah juga sanggup melakukan pekerjaan 2 atau 3 pekerjaan sekaligus demi anak-anak. Walau ayah kelihatan tegas, tetapi ayah tidak sanggup melihat anak-anaknya hidup dalam serba kekurangan.
  2. Ayah sebagai pelindung anak-anak Bersifat tegas itulah ciri-ciri seorang ayah yang melindungi anak-anak. Dengan sifat yang tegas, anak-anak akan menghormati ayahnya. Ayah yang selalu memberikan perhatian terhadap anak perempuannya juga akan menjadi anak yang solehah. Serta tidak akan terpedaya dengan mana-mana ayat manis lelaki.
  3. Keluarga Bahagia bermula dengan ayah Kebahagiaan bermula dengan ayah, iaitu dimana ayah meluangkan masa bersama anak-anak. Iaitu dengan cara meluangkan masa bersama semasa makan, membasuh kereta, membantu anak-anak mengemas rumah dan aktiviti santai lain.
  4. Ayah perlu berikan perhatian terhadap anak-anak Kajian mendapati, bahawa kurangnya perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah menyebabkan anak-anak menjadi bermasalah. Sebagai contoh anak-anak akan rasa kurang hormatnya pada ayah kerana tidak mengambil tahu akan hal mereka. Lebih parah lagi, anak-anak akan terjerumus kepada masalah sosial seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

 

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS