iCloud Mail Guna Custom Domain


iCloud Mail Guna Custom Domain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini Apple ada melancarkan fungsi baharu iCloud Mail.

Pengguna mestilah melanggan iCloud+. Dengan langganan tersebut barulah fungsi custom domain akan muncul.

Kelebihan custom domain ialah pengguna boleh meletakkan domain sebagai alamat e-mel. Alamat e-mel boleh digantikan dengan icloud.com.

Pengalaman penulis sendiri telah menggunakan fungsi custom domain tersebut. Dengan menggunakan custom domain mampu menaikkan imej di mata pelanggan contohnya.

Penulis telah mencipta e-mel admin@manfaatku.com

setelah beberapa percubaan dilakukan menunjukkan fungsi custom domain tersebut sangat cemerlang seperti menghantar dan menerima e-mel. Lagi pun e-mel yang dihantar tidak dimasukkan ke dalam folder spam. 

Sebelum penulis terlupa, langganan iCloud+ berharga RM 3.90 sahaja untuk 50 GB. 

Sekian sahaja penulisan kali ini. Semoga berjumpa lagi.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS