Kebaikan Internet pada Zaman Sekarang


Kebaikan Internet pada Zaman Sekarang

Kebaikan internet adalah seperti

1. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan bayaran dan tanpa had masa. Penggunaan internet untuk diri sendiri berhubung dengan orang lain sangat tidak asing pada masa sekarang.

2. Medium komunikasi seperti Google, Yahoo, Skype amat mudah digunakan serta tidak memerlukan kos yang tinggi. Pengguna dapat berhubung dengan menghantar dan menerima e-mel untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

3. Pengguna Internet dapat menjimatkan masa serta kos-kos lain seperti kos pengangkutan atau kos panggilan. Kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk membantu setiap rakyatnya akses internet yang bagus. Dengan itu, rakyat dapat kebaikan daripada usaha ini.

4. Pengiklanan di internet sangat popular. Malahan ada sesetengah syarikat yang menawarkan perkhidmatan affiliate untuk orang luar menjana pendapatan sampingan. Bahan-bahan pengiklanan telah tersedia daripada pembekal. Para blogger dapat mencari income tambahan apabila memasukkan iklan setelah pembaca melayari laman blog.

5. Berita terkini mudah didapati apabila terdapat beberapa laman web yang menyebarkan maklumat yang tepat dan pantas. Maklumat yang diperlukan juga boleh kita cari dengan begitu mudah. Cuma, kita perlu menilai samada sesuai untuk diri kita atau tidak.

6. Pendidikan secara dalam talian seperti Google meet, Zoom, YouTube dapat memberi pengetahuan yang luas untuk pelajar. Jenis pendidikan jarak jauh akan bertambah meluas dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar dan guru boleh membuka kamera untuk melihat wajah dan juga perakan suara untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.

7. Media sosial seperti facebook, intagram, twitter untuk menghubungkan rakan-rakan, pekerja-majikan, ibu bapa - anak dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, terdapat juga keburukan internet yang perlu kita hindari. Kebaikan dan keburukan internet perlulah diambil perhatian kerana yang baik boleh diamalkan dan yang buruk minta dijauhi. Penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak perlu sentiasa diberi perhatian oleh penjaga atau ibu bapa.

Di akhir bicara, internet adalah keperluan zaman sekarang dan secara tidak langsung membantu manusia hidup dengan lebih sempurna.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS