Revolusi Industri 4.0


Revolusi Industri 4.0

Secara umumnya, ia melibatkan Internet of Things (IOT) atau Internet dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, manakala industri revolusi kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi ketiga lebih terarah kepada teknologi maklumat.

Revolusi 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan negara. Rumah pintar, kereta pintar, telefon pintar dan banyak lagi elemen pintar diterjemahkan di dalam teknologi pintar industri 4.0.

Teras lain yang dikaitkan dengan industri 4.0 adalah teknologi pemprosesan awam dalam penyimpanan dan pemprosesan data, IOT yang menghubungkan deria pintar pada peralatan sambungan Internet.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS