Nasihat Semasa dalam Perjalanan Jauh
1. Tetapkan kelajuan mengikut keadaan trafik semasa. Elakkan memandu perlahan di lorong kanan, memotong dari lorong kiri dan menggunakan laluan kecemasan. Amalkan sikap saling bertoleransi, bertolak ansur dan bertimbang rasa sesama pengguna jalan raya.
2. Gunakan lampu isyarat jika ingin memotong kenderaan lain atau mengubah laluan.
3. Patuhi papan tanda yang menjadi panduan dalam pemanduan seperti mengetahui kawasan berisiko kemalangan, angin lintang dan sebagainya.
4. Jika hari hujan atau pun cuaca gelap, pastikan anda memasang lampu utama dan bukannya menggunakan hazard light. Perlahankan kenderaan sekiranya jarak penglihatan anda terbatas. Elakkan daripada memandu laju.
5. Awasi jarak pemanduan anda. Jangan sesekali mengekori kenderaan di hadapan secara dekat kerana ia boleh mengundang padah terutamanya jika kereta di hadapan brek mengejut atau pun memasuki simpang secara mendadak.
6. Pastikan anda dan para penumpang memakai tali pinggang keselamatan.
7. Sentiasa fokus pada pemanduan. Jangan sesekali menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu. Jika ada panggilan masuk atau ingin membuat panggilan keluar, anda disarankan menggunakan kit bebas tangan atau kemudahan bluetooth yang boleh disambung terus pada kenderaan anda.
8. Jika mengantuk, seeloknya anda berhenti di tempat yang selamat untuk berehat atau boleh bergilir-gilir memandu dengan keluarga dan rakan yang bersama anda untuk mengelakk microsleep. Microsleep merupakan input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara satu hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah “shut down”. Ia juga boleh berlaku sewaktu kita sedang memandu.
← Tips Melancong dalam Negara
Blog
Buka Blog Umum
Artikel Selepas
Faktor-Faktor Pemilihan Kerjaya Bagi Remaja →
Tekan untuk hantar cadangan ubah artikel.