Kepentingan Nilai Murni
Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah. Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan seharian untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah akan membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara.
Antara contoh-contoh nilai-nilai murni baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kerbersihan, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat dan patriotisme.
Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing agar Malaysia sentiasa aman dan makmur.
← Cara – cara untuk memajukan sektor pertanian
Blog
Buka Blog Umum
Artikel Selepas
Kelebihan Bekerja di Rumah →
Tekan untuk hantar cadangan ubah artikel.