Kebaikan Pembelajaran Atas Talian Pada Masa Kini


pembelajaran atas talian

Komputer amat penting pada masa kini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah semua pelajar tidak kira usia berusaha menguasai ilmu teknologi dan maklumat sejak dari sekolah rendah lagi bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Zaman sudah berubah dimana pembelajaran atas talian banyak digunakan sekarang. Ia sudah dibuktikan pada musim pandemik covid-19 apabila seluruh aktiviti pembelajaran dilakukan secara maya.

 

Kebaikan Pembelajaran Atas Talian

Banyak kebaikan pembelajaran atas talian seperti menjimatkan masa, tenaga, lebih berkesan. Pembelajaran dalam talian juga lebih interaktif kerana banyak aplikasi dan sumber-sumber yang boleh meningkatkan mood untuk belajar. Anak-anak kita pun seronok apabila belajar dengan menggunakan bahan-bahan multimedia. Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan menggunakan perisian tertentu atau secara atas talian. Ini memudahkan pelajar memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus mengikuti pelajaran.

Pelajar dan guru dapat meningkatkan kemahiran teknologi. Berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka, kurangnya penggunaan teknologi dalam pendidikan. Seperti kita tahu teknologi sentiasa membantu manusia meningkatkan gaya hidup. Oleh itu, pendidikan kita harus manfaatkan akan teknologi masa kini.

Proses pengajaran dan pembelajaran atas talian boleh menjimatkan wang kerana kita hanya mengeluarkan kos hanya sekali. Selepas itu tiada lagi kos tersembunyi. Jika dibandingkan dengan pembelajaran secara bersemuka, kos menghantar pelajar ke sekolah, makan dan minum di kantin juga

Para guru akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelajarnya belajar dengan selesa dan mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan pada hari tersebut.

 

Kemahiran Komputer

Apabila menggunakan komputer riba (laptop), komputer meja(desktop), telefon pintar, tablet dan pelbagai lagi dengan kerap akan meningkatkan kemahiran komputer seseorang. Negara-negara maju sentiasa menggalakan rakyat meningkatkan kemahiran terutamanya dalam dunia digital sekarang. Kemahiran komputer yang boleh dipelajari seperti menaip (Ms Word), menganalisis (Ms Excel), pembentangan (Ms Power Point) dan pengekodan (wordpress).

Dengan banyak kemahiran yang dikuasai mampu membantu seseorang

Untuk menguasai kemahiran ini, pelajar boleh mengambil kursus tambahan di luar. Sesetengah universiti menawarkan kursus elektif kepada pelajarnya.

 

Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Antara kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi ialah memudahkan kita memperoleh pelbagai maklumat yang dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai maklumat melalui komputer dengan melayari internet. Seperti peribahasa katak di bawah tempurung jika masih tidak mengadaptasikan penggunakan teknologi dalam kehidupan seharian.

Penggunaan Setel Petronas amat berguna.

Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya. Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan.

 

 

Manfaat Belajar Atas Talian

Belajar Online merupakan dua perkataan yang sangat popular untuk masa kini terutamanya untuk golongan kanak-kanak, remaja dan juga dewasa kerana terdapat beberapa manfaat daripadanya. Sumber bacaan online sangat popular untuk digunakan sebagai bahan rujukan, gudang ilmu dan menambah kefahaman terhadap tajuk yang sedang dipelajari.

Maklumat secara terperinci dan tepat mudah diperolehi dalam jangka waktu yang pendek. Tempat yang rujukan yang sesuai ialah YouTube, laman web seperti Quora dan sebagainya. Ada sesetengah pelajar yang tidak faham apabila belajar secara bersemuka, namun mereka mampu memberi perhatian dan kefahaman yang baik menerusi pengajaran online. Ada juga segelintir tutor atau pengajar menggunakan online sebagai tempat mengajar menerusi aplikasi google meet, zoom, discord dan sebagainya.

 

 

Cabaran Pendidikan Secara Atas Talian

Pada 10 tahun yang lalu, telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah tetapi pada masa sekarang terdapat segelintir murid membawanya ke dalam sekolah. Mereka juga didapati sentiasa menggunakan telefon bimbit semasa di rumah samada untuk belajar ataupun menghubungi rakan-rakan dan pelbagai lagi. Bahkan, para guru juga sentiasa mengemaskini ilmu teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan peredaran masa.

Disebabkan Covid 19, bukan sahaja pelajaran tertangguh, namun tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma pendidikan yang baharu yang dijalankan di atas talian. Terdapat beberapa cabaran telah dihadapi oleh para guru yang berusia atau guru veteran yang kurang mahir dalam alam teknologi kerana memerlukan masa menyesuaikan diri dengan situasi baharu ini. 

Dengan itu, semua guru perlulah meningkatkan ilmu, keupayaan, kemahiran dan perubahan sikap dalam menerima norma baharu supaya mampu mengajar dengan baik secara atas talian. Malah, ia mempunyai kebaikan kerana mampu menyediakan generasi akan datang dengan revolusi industri 4.0 yang dikatakan lebih kepada generasi digital. Ada sesetengah guru yang sudah menerima perubahan ini dengan mengajar secara talian dengan menggunakan aplikasi seperti youtube, cloud meeting, zoom dan Google meet untuk mengajar. Tahniah!

 

Kelebihan dan Kekurangan Belajar Secara Online

Pada masa kini, ramai yang suka belajar secara online. Namun, belajar secara online ini ada banyak kebaikan serta kekurangan. Saya bermula dengan kebaikan iaitu masa dan tempat yang fleksibel atau dimana-mana. Kita boleh belajar di semua tempat yang mempunyai rangkaian internet. Malahan pula, belajar online sangat menjimatkan wang kerana pelajar tidak perlukan tuisyen. Mereka boleh menonton di YouTube contohnya untuk belajar. Tambahan pula, pelbagai maklumat diakses samada berbayar atau percuma.

Namun, terdapat kekurangan belajar secara online seperti tidak boleh belajar secara bersemuka. Ini kerana terdapat sesetengah pelajar yang lebih suka untuk belajar secara bersemuka. Selain itu, belajar secara online kurang berkesan kerana ia boleh menyebabkan sesetengah pelajar hilang fokus kerana mungkin pemikiran diganggu dengan persekitaran yang kurang sesuai.  

Dengan itu, belajar online ada baik dan buruknya.

 

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS