Hari Guru pada Setiap 16 Mei


Hari Guru 16 Mei 2020

Setiap 16 Mei merupakan hari keramat bagi semua guru di Malaysia kerana akan ada sambutan Hari Guru. Sambutan ini diadakan bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Guru adalah satu pekerjaan yang sangat mulia kerana dapat membantu dan membimbing pelajar itu sehingga menjadi seorang insan yang berjaya dan disegani.

Pada tahun ini, tema hari guru ialah ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’. Akan tetapi, pada tahun ini, sambutan hanyalah dibuat secara sederhana dengan adanya perintah kawalan pergerakan (PKP). Guru-guru tidak dapat membuat sambutan keraian kerana PKP. Terdapat sambutan yang diadakan dengan menggunakan aplikasi sua muka di alam maya seperti Zoom dan Google Meet.

Marilah kita bersama-sama mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru kita sebagai tanda terima kasih di atas jasa pengorbanan mereka. Terima Kasih Cikgu.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS