Faedah Berjimat Cermat


Faedah Berjimat Cermat

Amalan berjimat cermat adalah nilai murni yang seharusnya dilakukan sejak kecil lagi. Berikut merupakan faedah berjimat cermat.

  1. Wang lebihan. Berjimat bermakna seorang individu itu akan mempunyai wang lebihan. Ini merupakan salah satu faedah terbaik yang dapat diperoleh daripada amalan berjimat. Masih belum terlambat untuk anda bertindak.
  2. Fikiran lebih matang. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Seseorang itu akan menjadi lebih kritikal ketika membeli-belah. Sama ada barang itu satu keperluan atau satu kehendak, pasti dapat dinilai dengan lebih tepat.
  3. Jauhkan diri dari hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya akan terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Apabila sentiasa berjimat cermat mampu mengelakkan diri daripada masalah hutang.
TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS