Ucapan Hari Lahir Untuk Semua


Ucapan Hari Lahir Untuk Semua

Tercari-cari ucapan selamat hari lahir buat Ibu, Ayah, Kawan dan Isteri? Nah! Ini koleksi ucapan yang patut anda cuba.

Siapa sini yang rasa dirinya tercari-cari ucapan selamat hari lahir atau ucapan selamat ulang tahun kelahiran yang menyentuh hati? demi orang-orang tersayang, anda sanggup mengarang kata ucapan happy birthday. Yang menjadi penghalang ketika ini adalah anda kekurangan idea untuk mengarang ayat-ayat ucapan hari lahir. Jom baca sehingga artikel ini habis. Apakah idea-idea ucapan selamat ulang tahun yang sesuai buat orang tersayang?

  

Antara contoh ucapan hari lahir untuk ibu tersayang adalah:

Contoh Ucapan ulang tahun kelahiran atau Hari Lahir buat Ibu Tersayang Apabila sudah dewasa, kita sebagai anak pastinya ingin membalas jasa mereka. Sambutan hari lahir bukan sekadar memberi hadiah. Hadiah yang paling bermakna apabila seorang anak memberikan ucapan hari lahir buat ibu.

  1. Selamat hari lahir ibu! Semoga ibu sentiasa dalam lindungan allah selalu.
  2. Selamat ulang tahun kelahiran ibu. Semoga ibu sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik-baik serta dipanjangkan umurnya.
  3. Selamat hari lahir mama. Terima kasih kerana melahirkan saya. Tanpa mama, saya tiada lah di muka bumi ini.
  4. Sannah Helwah ibu. Tanpa ibu, saya tidak akan menjadi orang yang berjaya seperti sekarang.
  5. Selamat hari lahir ibu. Terima kasih juga kerana berikan didikan agama yang mencukupi sehingga saya menjadi insan yang berjaya dan bahagia dalam dunia.
  6. Selamat hari ulang tahun kelahiran buat ibu tersayang. Terima kasih kerana melahirkan ku serta membesarkan dengan ilmu dunia dan akhirat sehingga menjadi orang yang berjaya.
  7. Selamat hari lahir ibu. Semoga ibu sentiasa bergembira dengan kehidupan yang bermakna ini.
  8. Selamat hari lahir ibu. Mudah- mudahan dengan pertambahan umur ini, ibu dapat kesihatan yang baik dan menenangkan.
  9. Selamat ulang tahun ibuku tercinta. Semoga Allah sentiasa melindungi ibu daripada segala perkara yang tidak baik tetapi didekati dengan perkara yang baik dan membahagiakan kita sekeluarga.
  10. Barakallah fil umrik. Didoakan semoga ibu tersayang di balas kebaikan di dunia dan akhirat.
  11. Barakallah fiii umrik ibuku tersayang. Semoga beroleh kesihatan yang baik-baik serta dipermudahkan segala urusanmu.
  12. Selamat ulang tahun untuk ibu. Terima kasih juga kerana menjadi seorang ibu yang terbaik di dunia.

Menjadi seorang ibu yang sentiasa memberi nasihat, didikan dari kecil sehingga dewasa. Semoga allah ganjarkan syurga dengan membalas semua kebaikanmu di dunia ini.

  

Antara contoh ucapan hari lahir untuk ayah tersayang adalah:

Selain ibu, ayah juga adalah antara individu yang patut di hormati kerana tanggungjawabnya yang besar dalam keluarga. Jadi, setiap kali tibanya hari lahir ayah. Jangan lupa pula memberikan ucapan selamat hari lahir buat ayah. Antara ucapan ulang tahun kelahiran buat ayah yang menyentuh hati adalah ;

  1. Selamat ulang tahun kelahiran ayah. Semoga ayah sentiasa sihat-sihat sejahtera serta dalam lindungan allah selalu tatkala usia begini.
  2. Selamat menyambut Birthday ayah. Semoga ayah di permudahkan urusan harian.
  3. Buat ayah tersayang, terima kasih kerana memberi kami ilmu secukupnya sehingga ke hari ini.
  4. Selamat ulang tahun ayahku! Moga sentiasa menjadi ayah yang terbaik buat kami di dunia dan akhirat.
  5. Selamat ulang tahun ayah. Dengan bertambah umurnya, ku doakan juga amal juga seiring.
  6. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ayah. Semoga sentiasa di kurniakan rezeki tidak putus-putus.
  7. Happy birthday ayah! Terima kasih kerana mendidikku menjadi manusia berguna serta berakhlak mulia.
  8. Selamat ulang tahun kelahiran ayah. Selagi hayat di kandung badan, saya akan sentiasa menjaga keperluan ayah. Semoga ayah juga di berkati allah.
  9. Selamat hari jadi ayah. Bersyukur di kurniakan seorang ayah yang penyayang. Semoga allah mendapat ganjaran di dunia dan juga akhirat.
  10. Buat ayah tercinta. Ku sentiasa utuskan doa buatmu, agar tetap sabar dalam melayan karenah anakmu. Semoga allah membalas kebaikanmu dengan umur yang panjang.
  11. Happy birthday ayah, bersyukur di kurniakan seorang ayah terbaik. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama anakmu tidak kira susah mahupun senang.

 

Berikut merupakan ucapan hari lahir untuk kawan dan isteri. Ayuh kita ketahui contoh ucapan selamat hari lahir yang menarik ini.

Bolehlah suami memberikan ucapan hari lahir yang romantik serta ayat ucapan menyentuh hati untuk isteri tersayang.

 

Ucapan hari lahir untuk isteri Tersayang

  1. Kehidupan abang penuh berwarna-warni sejak kehadiran isteriku. Terima kasih sayang! dengan kehadiran sayang juga rezeki bertambah-tambah.Semoga isteriku sentiasa dalam keadaan sihat, bahagia dan kaya dunia akhirat.
  2. Selamat ulang tahun sayang, isteriku tercinta. Semoga bertambahnya umurmu, menjadikan kamu isteri terbaik buat diriku di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana mendidik anak-anakku.
  3. Buat isteriku tercinta, selamat hari lahir. Kehadiranmu dalam hidupku, menjadi pembakar semangatku. Semoga sayang abang sentiasa dalam payung rahmah.
  4. Sayangku, selamat hari lahir. Semoga sayang bergembira hidup bersama abang. Dengan pertambahan umur ini, sayang semakin mahir menguruskan keluarga kecil kita. Didoakan sayang dipanjangkan umur serta dalam rahmat allah swt.

  

Ucapan Hari Lahir untuk Kawan

  1. Kawan menyinari hidupku, kerana kawan juga aku di berikan peluang menyertai dunia pekerjaan yang penuh harmoni. Selamat hari lahir kawan! semoga dikau dikurniakan rezeki tidak putus-putus hendaknya.
  2. Terima kasih kawan kerana selalu menjadi peneman di kala susah dan senang. Serta sudi menjadi pendengar yang baik dan sentiasa memberi sokongan kepada saya. Dengan bertambahnya usia kamu, ku doakan semoga jalinan persahabatan kita kekal ke syurga. Selamat hari lahir kawan!
  3. Duhai kawan, ku ucapkan selamat hari lahir buatmu. Semoga dengan angka yang bertambah ini seiring dengan amalmu yang soleh. Didoakan juga berada dalam limpah kurnianya.

 

Akhir kata, dengan memberi ucapan selamat hari lahir buat ibu, ayah, isteri dan isteri yang penuh bermakna serta menyentuh hati ini mampu mengeratkan hubungan kemanusiaan. Selain itu juga, hanya dengan memberi ucapan ulang tahun kelahiran juga mampu merubah kehidupan seseorang. Semoga sesiapa sahaja memberikan kata ucapan hari lahir yang baik-baik akan beroleh syurga kelak.

 

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS