Maruah Diri


Maruah Diri

Maruah bermaksud kehormatan atau harga diri. Pada dasarnya Tuhan menciptakan manusia sebagai mahluk yang paling berharga dan mulia di muka bumi ini. Namun manusia sendirilah yang merosakkan kehormatan dan harga dirinya dengan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan tidak sesuai dengan norma agama.

Kita haruslah menjaga diri daripada perkara yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri, baik yang berupa perbuatan yang dilakukan oleh diri sendiri, mahupun yang dilakukan oleh orang lain terhadap peribadi kita. Kita wajib memperbaiki semua adab ini dari masa ke semasa.

Memelihara diri dan maruah banyak kepetingannya demi menjaga kemuliaan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Di samping itu, untuk mendapat keredhaan Tuhan. Kita haruslah menjaga tatasusila pergaulan dengan bercakap perkara yang baik dan sekiranya tidak tahu, lebih baik berdiam diri. Di samping itu, berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi antara satu sama lain juga digalakkkan. Kita haruslah mengamalkan nilai hormat-menghormati, berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Bertukar-tukar pendapat dengan orang lain, menjaga rahsia dan keaiban orang lain, mementingkan sahabat melebihi diri sendiri dan menepati janji merupakan cara terbaik meningkatkan harga diri.

Apabila bertemu dengan orang yang lebih tua ataupun muda dari kita perlulah bercakap dengan perkara yang menyenangkan samada tentang perkara yang membawa kemajuan diri, masyarakat dan negara. Bercakaplah benar tentang perkara yang diketahui, jangan sampai berbohong perkara yang tidak ada kepastian.

Hikmah yang dapat kita pelajari daripada menjaga maruah diri ialah kehidupan kita akan diberkati kerana mendapat petunjuk Tuhan. Tambahan pula akan mendapat pahala yang berganda kerana mengikut suruhan yang diperintahkan. Kita juga akan disayangi, disegani dan disanjung oleh rakan dan masyarakat. Kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran Negara dapat dibendung dan dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera,b ersatu padu dan negara yang aman sentiasa.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS