Manfaat Hibah


Manfaat Hibah

Apakah itu hibah? Majoriti masyarakat Muslim di Malaysia masih samar–samar dengan konsep hibah ini. Ia selalu dikelirukan dengan konsep wasiat. Jadi apakah perbezaan antara kedua–dua konsep ini?

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan seseorang kepada seseorang yang lain secara sukarela ketika dia masih hidup tanpa sebarang balasan. Wasiat pula merupakan pemberian harta yang berlaku setelah kematian si pewasiat.

Hibah ini hukumnya ialah sunat dana mat digalakkan dalam agama Islam. Hal ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh seseorang dalam melaksanakan amalan hibah ini terhadap harta yang dimilikinya. Antaranya:

1) Pelupusan dan Pengurusan Hutang

                Kita semua sudah maklum bahawa perlakuan hutang memang tidak lepas dalam kehidupan seseorang. Hutang–hutang ini memang sudah menjadi norma kita, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana–mana sahaja! Walaupun begitu, ia merupakan suatu perkara yang UTAMA untuk seseorang melangsaikan segala hutang piutang mereka supaya tidak dibawa ke hari kematian kelak. Hal ini sering diingatkan bahawa hutang yang tidak dilunaskan boleh menjadi pengalang si mati untuk masuk ke dalam Syurga.

                Namun, bukan semua yang mampu membayar hutang mereka sedepuk bak orang kaya. Sememangnya wujud dalam kalangan kita yang diberikan ujian akan tidak dapat melangsaikan hutangnya sehinggalah saat malaikat mencabut nyawanya. Oleh itu, amanah dan tanggungjawab ini akan diwariskan kepada pewaris–pewarisnya. Malahan merekalah diwajibkan untuk menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum menguruskan dan membahagikan harta pusaka si mati.

                Bagi sesiapa yang pernah kehilangan ahli keluarga, maka mereka tahulah bahawa perkara ini bukan senang dilakukan selepas si mati meninggal dunia. Setiap harta yang dimiliki itu akan dibekukan dan ini akan menyusahkan keluarga sekiranya keperluan untuk membayar hutang itu adalah dalam keadaan yang terdesak.

                Oleh itu, dengan melaksanakan hibah takaful, penyelesaian hutang–hutang ini akan dapat dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat.

  1. Melaksanakan Upah Haji atau Umrah

                Apabila seseorang itu pada waktu hidupnya berkemampuan untuk pergi menunaikan haji atau umrah, namun disebabkan beberapa sebab dapat menghalangnya daripada melaksanakan, maka ia menjadi tugas pewaris untuk membuat Upah Haji atau Badal Haji bagi si mati. Ini bagi memenuhi rukun Islam yang kelima.

Rukun–rukun Islam

  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan haknya.
  2. menunaikan fardhu solat lima waktu.
  3. Berpuasa wajib di bulan Ramadhan.
  4. Membayar zakat.
  5. Mengerjakan fardhu haji di Maakah bagi yang berkemampuan.

                Kebiasaanya, kos Upah Haji ini bermula daripada RM 3000.00 untuk seorang. Ia tidaklah semahal seperti bayaran bulanan Hibah Takaful jika dibandingkan dengan manfaat Hibah di dunia dan di akhirat kelak. Namun perlaksanaan ini mestilah mengikut syarah sah untuk Upah Haji.

Syarat Badal Haji (Upah Haji) mengikut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

  • Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
  • Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.
  • Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu.
  • Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
  • Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya
  • Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
  • Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.
  • Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
  • Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorg yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.
  1. Modal Mengurus Harta Pusaka

                Bukanlah sesuatu yang pelik untuk berduit jika hendak menguruskan urusan pengebumian seseorang. Walaupun, harta pusaka dan duit yang ditinggalkan banyak sekalipun, ia tetap memerlukan duit dan modal yang banyak untuk menguruskannya. Pengurusan seperti harta oleh syarikah amanah, mendapatkan surat kuasa tadbir dan perintah pembahagian oleh Pejabat Pesaka Kecil, pengendalian sampingan dengan pihak guaman, syarikat amanah dan sesame waris akan memerlukan kos yang sangat tinggi.

                Malahan, pengurusan harta pusaka pula akan memakan masa yang panjang jika si mati tidak membuat wasiat bertulis terlebih dahulu semasa hidupnya. Jadi, fikirkan alangkah bagusnya jika si mati meninggalkan hibah takaful untuk keluarganya? Dengan inilah keluarganya tidak perlu mengharungi proses pengagihan harta yang rumit. Namun jika sebaliknya, waris dengan tidak mempunya modal untuk bayaran pengurusan harta pusaka dan seumpamanya, tentulah mereka akan ditimpa kesusahan kepada waris. Hal ini hanya menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk buat si keluarga.

  1. Duit Sara Diri dan Nafkah Keluarga

                Lain yang pergi, lain keperitan yang dirasai oleh ahli keluarga. Tambahan pula bagi keluarga yang kematian seseorang yang menjadi punca pendapatan dan sumber rezeki. Kehilangan ini bukan sahaja mendatangkan kesedihan malah kesusahan kepada ahli keluarga kerana hilangnya segala pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

                Oleh itu, dalam konteks ini, Hibah Takaful dapat memberi manfaat yang besar yang dapat hadiahkan kepada pewaris dalam memberi jamian kewangan buat mereka untuk menampung kehidupan seharian buat sementara setelah berlakunya pemergian si mati.

  1. Sumber Pendapatan yang Berterusan

                Hibah Takaful disyaratkan untuk membayar kepada waris sekiranya berlaku kematian secara sekali gus. Jika si mati menghibahkan sebanyak RM1,000,000.00 kepada waris, maka duit tersebut boleh diterima sejurus kematian si mati kerana wang tersebut tidak dibekukan oleh pihak yang berkenaan.

                Namun, bagi memastikan kelangsungan pendapatan kepada si waris sebagai pendapatan pasif, mereka boleh menggunakan dua idea jana pendapatan seperti di bawah ini:

  1. Pelaburan Hartanah: membeli hartanah untuk disewakan bagi mendatangkan hasil sewa bulanan agar nafkah yang diperoleh waris adalah berterusan.
  2. Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputra): Pelan pelaburan ini adalah yang paling hangat untuk orang bumiputera. Jika pulangan setahun adalah 6%, maka pulangan yang boleh diperolehinya adalah sebanyak RM60,000.00 setahun. Ini memudahkan waris kerana mereka mampu mendapat purata RM5,000.00 sebulan.
  3. Dana Pendidikan Anak.

Anak merupakan penyambut zuriat kita. Maka bagi menyediakan mereka untuk kehidupan akan datang, pendidikan mereka perlu dijamin sebaiknya. Tentulah sebagai ibu bapa, kita mahukan anak–anak belajar dengan selesa di sekolah, malah melanjutkan pelajaran mereka hingga ke menara gading.

Janganlah kita menjadikan pemergian kita sebagai satu beban kepada mereka dalam menjalani kehidupan mereka dan terus memperoleh masa depan yang cerah.  Oleh itu, dengan membuat Hibah Takaful, perancangan masa depan anak–anak anda akan lebih terjamin.

Kesimpulannya, Hibah Takaful ini memberi banyak lagi kebaikan kepada anda dan keluarga. Jadi dengan itu, lakukanlah sekarang kerana ia merupakan solusi kepada segala permasalahan anda.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS