Cara Menabung untuk Pelajar


Cara Menabung untuk Pelajar

Menyimpan wang atau menabung adalah persediaan kewangan untuk masa hadapan. Simpanan itu mampu membantu anda menghadapi perkara yang tidak dijangka. Mengikut laporan daripada Institu Khazanah, kadar simpanan dari kalangan rakyat Malaysia masih rendah berbanding dengan negara-negara lain.Terdapat beberapa cara tabungan untuk pelajar yang boleh menjadi panduan :

1. Bina tabung kepentingan dan peribadi. Mengasingkan beberapa tabung khas untuk menyimpan.

2. Kawal perbelanjaan dengan rapi. Sentiasa catat wang masuk dan keluar di buku perbelanjaan.

3. Tabung duit warna. Contoh: Tabung wang RM 5 dan RM 20. Jika mempunyai wang RM 5 akan dimasukkan kedalam tabung RM 5 (Hijau).

4. Tabung harian. Menyimpan sekurang-kurangnya Rm 3 ringgit setiap hari.

5. Jana pendapatan tambahan atau sampingan.

6. Tabung haji dan ASB. Akan menerima dividen setiap tahun.

7. Kurangkan segalanya kos. Tidak membeli barang yang tidak berfaedah.

8. Menyimpan syiling-syiling yang ada.  

2 komen
oleh Hanzalah pada April 26, 2025

Tips yang bermanfaat untuk saya sebagai pelajar yang ingin menabung

oleh Muhammad Fazari Khairani bin Mohamad Nazri pada April 26, 2025

Tips yang amat berguna terima kasih kerana memberi saran😁

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS