Tips Kuruskan Badan


Tips Kuruskan Badan

1. Amalkan tips terkini kuruskan badan dan perbaiki amalan pemakanan yang lebih sihat agar mencapai bentuk badan dan BMI ideal anda.

2. Anda perlu jelas apa yang anda benar-benar mahukan. Matlamat dan time frame juga perlu munasabah jika mahu kuruskan badan tahun.

3. Jika anda hendak turun 10KG, biasanya mengambil masa 2 ke 4 bulan. Anda perlu urus expectation dan perlu konsisten dengan rancangan pemakanan dan banyakkan bersabar sepanjang tempoh diet.

4. Pengurusan kalori sangat penting untuk kuruskan badan. Cara paling mudah untuk hadkan kalori yang diambil ialah dengan mengurangkan saiz hidangan makanan. Jaga portion makan dan kurangkan makanan dan minuman manis berbanding sebelum ini.

5. Tukar jenis karbo amat penting untuk kuruskan badan. Contohnya anda perlu tukar nasi putih ke beras parboiled, roti putih ke roti wholemeal, bihun biasa kepada bihun wholemeal. Karbo kompleks menyebabkan anda kenyang lebih lama dan sustain tenaga berbanding karbo ringkas yang menyebabkan anda cepat lapar dan cepat keletihan

6. Kalau sebelum ni anda cuma ambik sejenis sayur, kali ni pelbagaikan warna sayuran untuk kuruskan badan tahun 2020. Setiap warna sayuran atau buah-buahan mengandungi zat berlainan. Ambil 3-5 kali sayuran dan buah-buahan bagi mencukupkan keperluan harian serat, vitamin & mineral.

7. Jangan lupa bersenam 3 kali seminggu. Setiap sesi 30 minit sekurang-kurangnya.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS