Kata Majmuk


Kata Majmuk

Kata majmuk merupakan gabungan dua atau lebih perkataan (kata dasar) menjadi satu maksud. Perkataan yang ditulis ada yang digabungkan dan ada yang terpisah.

 

 

1. (Gabungan)

Contoh Kata Majmuk Mantap:

antarabangsa
bumiputera
kerjasama
setiausaha
apabila
darihal
manakala
sukacita
sukarela
dukacita
olahraga
suruhanjaya
jawatankuasa
tandatangan
kakitangan
pesuruhjaya
tanggungjawab
sediakala
warganegara
beritahu
matahari

 

2. (Terpisah)

Contoh Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas:

alat tulis
campur aduk
jalan raya
rumah banglo
ambil alih
kereta api
derma kilat
rumah pangsa
balai bomba
gambar rajah
ibu bapa
rumah teres
balai polis
guru besar
kereta kuda
sari kata
balai raya
hari raya
jam tangan
segi empat
bandar raya

 

Contoh Kata Majmuk Rangkai Istilah Khusus:

akar tunjang
bahan toksik
garam mineral
karbon monoksida
alam haiwan
baja kimia
gerak balas
karies gigi
asid lemak
denyutan jantung
gizi seimbang
meter persegi
bahan api
denyutan nadi
isi padu
neraca spring
bahan awet
deria bau
kanta mata
pusat graviti
bahan radioaktif

 

Contoh Kata Majmuk Kiasan:

ada hati
cari jalan
kaki bangku
alas cakap
harga mati
darah daging
hidung tinggi
kepala batu
berat mulut
durian runtuh
iri hati
lipas kudung
beri muka
gaji buta
isi hati
makan suap
cakap besar
geli hati

 

 

sumber rujukan: 

ceria belajar

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS