Doa Qunut Ibadah Orang Islam


Doa qunut

Mesti ada yang masih keliru mengenai doa Qunut kan? Doa qunut ialah satu doa yang dibaca seorang muslim sewaktu mengerjakan solat subuh. Ia dibaca dalam keadaan  berdiri lama, diam, taat dan khusyuk dengan mengangkat kedua belah tangan seperti berdoa. Manakala, qunut dalam bahasa arab bermaksud  doa yang dibaca oleh seseorang muslim dalam solat diwajibkan dan  ketika berdiri.

Doa qunut sentiasa menjadi masalah kepada segelintir individu untuk membacanya sewaktu mengerjakan solat subuh. Jom sama-sama belajar  mengenai Doa qunut ini. Teruskan bacaan ke akhir artikel ini.

 

 

Bacaan Doa Qunut Subuh

اَللَّهُمَّ اهْدِنِى فِيمَنْ هَدَيْتَ

وَعَافِنِى فِيمَنْ عَافَيْتَ

وَتَوَلَّنِى فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ

وَبَارِكْ لِى فِيمَا أَعْطَيْتَ

وَقِنِى شَرَّ مَا قَضَيْتَ

فَاِنَّكَ تَقْضِى وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ

وَأَستَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْك

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

 

 

Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi dan Terjemahannya  

اَللَّهُمَّ اهْدِنِى فِيمَنْ هَدَيْتَ
Allah hummah dini fiman hadait

Ya Allah, berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah

وَعَافِنِى فِيمَنْ عَافَيْتَ
Wa'a fini fiman ‘afait
Berikan kesihatan kepadaku, sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan

وَتَوَلَّنِى فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ
Watawallani fiman tawalait
Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah telah Engkau peliharakan

وَبَارِكْ لِى فِيمَا أَعْطَيْتَ
Wabaarik lii fimaa a'tait
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

وَقِنِى شَرَّ مَا قَضَيْتَ
Waqinii syarra maa qadhait
Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

فَاِنَّكَ تَقْضِى وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
Wainnahu la yazillu man walait
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Bukan hina orang yang Engkau hina orang

وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
Wa laa ya'izzu man ‘adait
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Tabaarakta rabbana wata'alait
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
Falakal hamdu ‘ala maa qadzait
Maka, bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

وَأَستَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْك
Waastaghfiruka waatubu ilaik
Dan kami memohon ampun dari Mu dan kami bertaubat kepada Mu

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammad
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Wa'ala aalihi wasahbihi wasallam

Dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

  

Hukum Membaca Doa Qunut Ketika dalam Solat.

Sering kali terlupa untuk membaca Qunut ketika dalam rakaat kedua? maka, anda terus turun dan bersujud. Hukumnya tidak membatalkan salat subuh, ianya masih sah. Kerana hukum membaca doa Qunut adalah sunat muakkad. Tetapi anda boleh melakukan sujud sahwi.

 

Bila Doa Qunut dibaca sewaktu solat subuh?

Bacaan Doa Qunut boleh dibaca setelah rukuk pada rakaat ke-2. Dengan terus mengangkat kedua belah tangan, serta membaca Doa Qunut seperti diatas.

 

Cara melakukan Sujud Sahwi setelah lupa membacanya dalam solat.

Sujud sahwi dilakukan sebanyak 2 rakaat. Ia dilakukan kerana kita terlupa bilangan rakaat dalam  solat yang dikerjakan dan tertinggal sunat didalam rakaat.

Riwayat al-Nasa'i dalam Sunan al-Nasa'i, kitab Sahwi

Rasulullah SAW telah bersolat dan menambah rakaat atau kurang. Selepas baginda memberi salam, kami bertanya “Wahai Rasulullah, adakah berlaku perubahan dalam solat?” Baginda menjawab,”Jika berlaku perubahan pasti saya akan maklumkan kepada kamu. Tetapi saya juga hanya manusia yang lupa sebagaimana kamu lupa. Sesiapa dikalangan kamu yang merasa syak dalam solatnya hendaklah dia mengambil yang lebih tepat dan kemudian sempurnakannya. Setelah itu hendaklah dia memberi salam lalu bersujud dengan dua kali sujud.

Sujud sahwi dilakukan apabila kekurangan bilangan rakaat dalam solat. Ianya berlaku secara sengaja atau pun tidak sengaja.

  

Artikel lain:
surah al-mulk

   

Qunut Nazilah

Selain doa Qunut yang dibaca ketika menunaikan solat subuh, Qunut juga boleh dibaca dengan doa qunut Nazilah. Bacaannya boleh di amalkan semasa musibah yang melanda umat islam.

Hukum mengamalkannya adalah wajib kepada sesiapa umat islam, yang di timpa musibah dan kecelakaan.

  

Antara tatacara yang betul membaca Doa Qunut Nazilah: 

  1. Mengikut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Qunut Nazilah boleh di baca hanya dalam solat-solat fardhu sahaja. Manakala, solat-solat sunat tidak boleh.
  2. Hanya boleh dibacakan dengan kuat apabila dalam solat berjemaah. Dan bacaan perlahan ketika solat secara seorang diri.
  3. Dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun daripada rukuk iaitu semasa iktidal.
  4. Tidak perlu melakukan sujud sahwi, apabila tertinggal bacaannya.
  5. Tidak perlu menyapu muka setelah habis qunut Nazilah. Kedua belah tangan sunat diangkat seperti sedang berdoa.

 

Bacaan Qunut Nazilah

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا

وَنَعُوذُبِكَ مِن شُرُورِهِمْ

اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ

وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ

وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ

وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ

وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِن كِلَابِكَ

يَا قَهَّارُ، يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِيمُ

يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ

اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ

وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ

وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ

اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

  

  

Bacaan Qunut Nazilah Rumi dan Terjemahan maksud :

Allâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fii Nuhuri ‘A-Da ‘Innâ‚ Wa Na-‘Uzuu-Bika Min Shuruu-Rihim‚ ALLâhumma Badid Sham-Lahum‚ Wa Fariqq Jam-‘Ahum‚ Wa Shattit Kalimata-Hum, Wa Zal-Zil 'Aqdâ-Mahum, Wa Sâlliṭ ‘Alay-Him Kalban Min Kilâbik‚ Yâ Qahaar‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqim‚ Yâ ALLâh‚ Yâ ALLâh‚ Yâ ALLâh‚ ALLâhumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚ Wa Yâ Mujriyya Saḥaab‚ Wa Yâ Hazimal Âhzab Ihzim-Hum Wan-Ṣurna ‘Alay-Him. 



Maksudnya: "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah, “Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Dan menangkanlah ke atas kami.

Selain daripada itu, Qunut Nazilah juga boleh dibaca untuk hindari wabak Covid-19. Terdapat beberapa hadis mengatakan ketika berlakunya pengkhianatan keatas rakan-rakan Nabi Muhammad S.aw. dan pembunuhan berlaku.

Antara Riwayat Anas bin Malik ;

Bahawasanya Rilan Zakwan, Usalyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka.

Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali seba Qura (penghafaz al-Quran).

Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang dan bermunajat kepada pada waktu malam Ketika mana mereka (golongan Ansar berada di lembah Ma'una, mereka dibunuh dan dikhianati ) .

Lalu, berita ini sampai kepada Rasulullah baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak arab. Rilan Zakwan Usalyah de Lahyan.

 

Panduan lain semasa membaca Qunut Nazilah

 1.      Qunut Nazilah jika tidak menghafalnya, boleh di gantikan dengan doa Qunut subuh. Serta boleh dibaca di akhir solat, doa Nazilah.

2.      Ketika berjemaah, Imam hendaklah memberitahu makmum doa Nazilah dibaca semasa solat. Jadi, makmum perlu amin kan sahaja selepas bacaan tersebut.

3.      Menurut pendapat ulama, tiada doa yang lebih khusus perlu dibaca semasa dalam doa Qunut Nazilah.

 

Sebagai muslim, kita perlu berdoa dengan sepenuh hati bagi memohon perlindungan dari Allah swt supaya di jauhkan daripada musibah, peperangan dan penyakit wabak berjangkit. Contoh lain, kita sebagai muslim juga boleh memohon doa dari jauh untuk saudara islam di Palestin supaya allah lindungi mereka.

Akhir kata, Qunut solat subuh dan Qunut Nazilah adalah satu- satu doa memohon bagi perlindungan diri dan kesejahteraan.


TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS