Rukun Negara Malaysia Mesti Didada


Rukun Negara Malaysia Mesti Didada

Kerajaan bercadang mengembalikan semula mata pelajaran yang berkisar kepada amalan Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara seperti yang pernah ada suatu ketika dahulu.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, perkara itu akan diperhalusi melalui penubuhan jawatankuasa teknikal kementeriannya bersama tiga kementerian lain iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pendidikan.

Pada 9 Julai lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar dijadikan agenda teras kerajaan. Justeru itu, Kelab khas akan diwujudkan untuk menjadi platform utama kementerian untuk melaksanakan agenda ini.

 

Prinsip Rukun Negara

Terdapat lima prinsip iaitu:-

  1. Kepercayaan kepada tuhan
  2. Kesetiaan kepada raja dan negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan
TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS