Faedah Belajar Sejarah


Faedah Belajar Sejarah

Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di semua sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis kebangsaan (SJK) sejak tiga tahun lalu iaitu pada 2014 adalah usaha yang bertepatan dalam memupuk nilai patriotisme dan nasionalisme seawal usia muda murid-murid. Sebelum itu elemen sejarah hanya diterapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan tetapi dengan pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah ini maka pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek berkenaan menjadi lebih berfokus kepada sumber dan penghayatan nilai sejarah itu sendiri. (Pendidik)

Apabila kita mempelajari sejarah, kita dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Semangat cinta akan negara perlu dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Lantaran itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu wadah bagi menyuntik semangat kebangsaan ini. Melalui penggaluran semula kisah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pimpinan cakerawati Sultan Muzaffar dalam silibus seawal Tingkatan Satu Lagi misalnya, sudah pasti para pelajar akan berasa kagum akan sejarah negara. Maka jelaslah, patriotisme pasti terpasak padu dalam nurani pelajar menerusi instrument ini.

Selain itu, pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Silibus Sejarah selama lima tahun yang cukup komprehensif izharnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.

Akhirnya, kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lampau melalui mata pelajaran Sejarah. Sarwajagat mengakui, kuasa-kuasa imperialis dunia menguasai Tanah Melayu silih berganti selama 446 tahun. Maka, dalam tempoh itu, kita ditekan dan ditindas selayak binatang oleh penjajah durjana. Ayuh sama-sama kita meningkat ilmu sejarah.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS