Kepentingan Mata Pelajaran Matematik


Kepentingan Mata Pelajaran Matematik

Pendidikan Matematik merupakan satu pelajaran yang wajib dari tadika sampai ke sekolah menengah. Kebanyakan kursus yang ditawarkan di universiti juga banyak merangkumi unsur matematik.

Selain daripada itu, matematik merupakan warisan budaya di mana hasil-hasil seni bina terhasil. Semua seni bina termasuk bangunan Petronas Twin Tower ada juga unsur matematik yang telah dikira unsur ketahanan dan kestabilan bangunan.

Cuba fikirkan bagaimana seorang peniaga ingin mengukur berat beras yang ingin dijualnya tanpa ilmu matematik. Pada zaman dahulu, peniaga-peniaga ini hanya menggunakan penimbang dan mempunyai pemberat. Zaman sudah berubah dimana mesin penimbang digital digunakan.

Malah, matematik merupakan satu faktor ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di bawah dan siapa yang berada di atas. Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan penguasaan matematik.

Kesimpulan, matematik adalah mainan seharian dan amat mempengaruhi kehidupan kita dari zaman nenek moyang kita sampai sekarang dan juga masa depan. Kepada adik-adik di luar sana, belajarlah bersungguh-sungguh menguasai ilmu matematik kerana tidak akan rugi di suatu hari nanti. I love Mathematics.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS