Cara-Cara Masak Nasi Ayam Legend yang Menjadi Rujukan Ramai


Cara-Cara Masak Nasi Ayam Legend yang Menjadi Rujukan Ramai

Prosesnya ada 6 bahagian:

  1. Penyediaan air rebusan ayam dan perapan
  2. Penyediaan nasi
  3. Penyediaan sos dan kicap
  4. Penyediaan sup
  5. Penyediaan ayam goreng madu
  6. Penyediaan sayur-sayuran

 Hidangan ini adalah anggaran untuk 1 ekor ayam.

 

Nasi Ayam

 

Langkah-langkah Masak Nasi Ayam:

  1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
  2. Bahagi bahagian tumbuk halus kepada 4 bahagian untuk air rebusan ayam, perap ayam, masak nasi dan masak sos cili. 
  1. Ambil satu bahagian tumbuk halus dan lumurkan rata di permukaan luar dan jua sebelah dalam ayam.
  2. Didihkan air di dalam kuali dan masukkan ayam yang dilumurkan bahan tumbuk halus tadi.
  3. Rebus bersama satu kiub ayam sehingga ayam masak. Jangan direbus lama, takut ayam hancur bila digoreng nanti.
  4. Untuk bahan perapan ayam, bancuh sos tiram dan bahan tumbuk bersama campuran kicap manis dan kicap cair. Kacau perlahan sehingga sebati.
  5. Lumur rata bahan perapan kepada ayam yang telah direbus. Perap seketika supaya meresap ke dalam isi ayam. 
  1. Proses masak nasi pula dengan panaskan mentega, masukkan bahan rempah tumis, masukkan bahan tumbuk, daun pandan, dan serai yang diikat. Kacau sehingga kekuningan.
  2. Masukkan beras yang sudah dibasuh dan ditoskan. Kacau sekata sehingga beras kering dan masukkan pula air rebusan ayam. Anggaran 1 cawan beras kepada kepada 1½ cawan air.
  3. Masukkan pula kunyit dan sedikit garam. Tutup periuk. Nasi sudah siap. 
  1. Proses masak sos pula. Hiris kasar cili merah dan cili api.
  2. Kisar halus bersama air rebusan ayam, bahan tumbuk halus, cuka makan, garam, dan gula secukup rasa.
  3. Panaskan sos dengan api perlahan supaya cili masak dan sos tahan lebih lama. Tambahkan lagi gula jika hendak lebih manis. Sos sudah siap. 
  1. Masak kuah kicap pula. Tuang lebihan air perapan ayam. Tambahkan kicap manis, air rebusan ayam dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kicap sudah siap. 
  1. Masak sup pula. Panaskan air lebihan rebusan ayam, masukkan bahagian tulang ayam (jika anda suka), karot, kentang, 1 biji bawang besar yang dikisar halus, sup bunjut, lada putih, garam, dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
  2. Hiris halus daun sup dan bawang, tabur di dalam sup. Sup sudah siap. 
  1. Masak ayam pula. Panaskan minyak di atas api yang perlahan. Goreng ayam sehingga keperangan. Api tidak boleh kuat.
  2. Angkat ayam dan sapukan dengan madu. 
  1. Potong nipis tomato, timun, salad. 
  1. Nasi ayam sudah siap. Boleh dihidangkan mengikut kreativiti anda.

 

Bahan-bahan:

Bahan perap :

2 sudu besar sos tiram
Bahan tumbuk halus
1 sudu besar kicap manis + 1 sudu besar kicap cair

 

Bahan untuk nasi ayam:

1/2 senduk mentega
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1 batang serai
3 cawan beras
4 1/2 cawan air rebusan ayam
Sedikit garam
1 sudu kecil serbuk kunyit

 

Bahan untuk sos:

6-8 biji cili merah
6 biji cili api
Bahan tumbuk halus
2 sudu besar cuka
Garam
Gula
Sedikit air rebusan ayam

 

Bahan untuk kicap:

air lebihan perapan ayam
1 mangkuk kecil kicap manis
Sedikit air rebusan ayam

 

Bahan untuk sup:

Lebihan air rebusan ayam
Tulang ayam (jika suka)
Karot
Kentang 1 biji bawang besar yg dikisar
1 sup bunjut 1 sudu kecil lada putih
Garam
Gula
Daun sup
Daun bawang

 

Bahan bahan untuk goreng ayam:

Minyak untuk menggoreng
Ayam yang diperap
Sedikit madu

 

Bahan-bahan untuk hiasan:

Tomato
Timun
Salad
Daun sup
Daun bawang

 

 

 

 

 

 

Video Rujukan:
Artikel yang ditulis telah dirujuk kepada video youtube di bawah. Boleh play video dan sila subcribe channel tersebut.

 

 
terima kasih. 

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS