Peranan Ibu dan Isteri dalam keluarga


Peranan Ibu dan Isteri dalam keluarga

Apakah peranan seorang ibu dalam keluarga

9 bulan ibu membawa kita di dalam perutnya. Dengan alahan dan pelbagai lagi masalah kesihatan sehingga kelahiran. Kasih ibu tidak setakat itu sahaja, ibu juga mendidik anak-anak. Dan, mereka juga lah yang masanya 24 jam berada bersama anak-anak berbanding ayah. Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu.

 

Didikan ilmu dunia dan akhirat

Hasil didikan yang baik terhadap anak sejak kecil sehingga dewasa, maka terhasil lah individu yang berguna bagi agama, bangsa dan negara. Dari kecil ibu memberi pendidikan terhadap anaknya dek kerana sayangkan anak.

Kerana tanggung jawab seorang ibu bukan sahaja mengandungkan serta melahirkan sebaliknya turut perlu memberi didikan yang baik kepada anak-anak.

 

Ibu mendengar luahan anak-anak

Sebagai ibu, dia juga menjadi tempat meluahkan perasaan anak-anak seharian. Kerana ibu adalah tempat berkongsi rasa ( sedih, gembira, dan kekecewaan ) dan juga memberi pendapat. Sebagai contoh ibu menjadi pendengar setia anak-anak. Kerana dengan mengambil perhatian begini, anak-anak akan percaya dan setia dengan ibu.

Walau bagaimana sekalipun, anak-anak di marahi oleh ibu, ibu juga tempat mereka mengadu nasib.

 
Tanggungjawab Isteri

Terlebih dahulu kita perlu memahami tanggungjawab isteri dalam rumah tangga.Isteri ialah pasangan hidup kepada seseorang lelaki setelah sah akadnya dengan bersaksikan wali dan juru nikahnya.

Diriwayatkan oleh Mu'adz bahwa Rasulullah Shallallahu aihi Wasallam bersabda : "Jika seorang isteri tidak menyakiti hati suaminya di dunia maka dia akan menjadi bidadarinya (selalu menjadi isterinya) di surga nanti. Janganlah kamu (isteri) berkata 'semoga Allah segera membunuhmu'.

"Wanita tidak dicipta dari kaki suami untuk berada di bawahnya, juga tidak dicipta dari kepalanya, untuk berada di atasnya, tetapi dia dibuat dari tulang rusuk suami untuk berada di sampingnya." - Angie Lewis

 

Cara menjadi isteri yang sabar

Isteri tidak akan terlepas dari merasa terabai dengan suami. Sebagai contoh, suaminya kurang mendengar keluhan penat seharian kerana melakukan kerja-kerja rumah. Secara tidak langsung sifat sabar seorang isteri hilang.

Cara terbaik supaya isteri menjadi sabar ialah dengan banyak mengingati allah. Anggap sahaja segala tanggungjawab isteri di dunia ini ganjarannya sedang menanti di syurga. Kemudian perlu reda dengan sikap suami. Disamping itu, sentiasa bergurau senda dengan suami.

Isteri juga tidak boleh mengganggap setiap perbuatannya betul. Kerana isteri sering bertindak mengikut emosi. Sebagai suami, sudah tentu tidak sukakan hal-hal kecil begini. Sifat suami sukakan isteri yang menyenangkan, bukan lah sebaliknya. Jadi, sang isteri belajar tackle hati suami masing-masing.

 

Isteri kesayangan suami

Isteri dijadikan oleh allah dengan sifat kreatif dari segi daya berfikir. Isteri juga selalu dikatakan sering berfikir hal-hal negatif mengenai suami. Kadang-kala, menonton drama melayu pun boleh jadi punca pergaduhan antara suami isteri dek kerana adegan perebutan suami.

Jadi, sebaiknya tukarkan corak berfikir dengan emosi yang bijak. Supaya dapat menghasilkan duit. Sebagai contoh, tukarkan minat dan hobi tadi dengan mengambil upah. Upah mengubah bunga, upah memasak, upah menjahit pakaian, upah menghias rumah, dan upah mengajar anak jiran tetangga membaca al-quran. Ingin menjadi isteri kesayangan suami, berfikirlah hal-hal yang baik. Jangan mudah di pengaruhi oleh sekeliling.

TINGGALKAN KOMEN


KEMBALI KE ATAS